Thursday, 21 June 2012

Borang KAR1SMA

Borang BPBK-JKM 1 PIN. 01/2012 Muat Turun PDF

Senarai Semak Dokumen Sokongan - PKMD Gombak Muat Turun PDF

Skim Bantuan Kebajikan

10 Skim Bantuan Kebajikan disediakan seperti berikut :-


Skim bantuan kebajikan yang disediakan adalah berbentuk kekeluargaan dan individu seperti berikut :-


Wednesday, 20 June 2012

Bantuan Kewangan Persekutuan

Pendahuluan

Kerajaan melaksanakan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial bagi membela masyarakat kurang berkemampuan dan berkeperluan melalui pelbagai perkhidmatan dan kemudahan. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang dilaksanakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan dan sokongan kewangan kepada golongan berkenaan ke arah pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian yang dilaksanakan melalui Kerja Sosial. Secara prinsipnya, pemberian bantuan kebajikan TIDAK mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Pelaksanaan Bantuan Kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembangaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Pengurusan bantuan kebajikan dilaksanakan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD/J/B) di seluruh negara. Setiap permohonan akan disiasat dan diberi pertimbangan berdasarkan kelayakan dan bukan hak tanpa mengira latar belakang kamu, agama dan jantina.


OBJEKTIF

  • Memberi bantuan sementara untuk memenuhi keperluan asas kehidupan bagi meringankan beban atau permasalahan yang dihadapi.
  • Menggalakkan golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk berdikari dan mengurangkan kebergantungan pada bantuan.
  • Meningkatkan kelangsungan hidup dan kesejahteraan golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan.


ASAS PERTIMBANGAN BANTUAN
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; dan
  • Pendapatan keluarga sebulan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah Miskin semasa (2009) atau Per Kapita Miskin semasa mengikut wilayah, kategori bandar dan luar bandar seperti berikut :-

 Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU)

  • Golongan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan:
  • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain);
  • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain);
  • Tiada sokongan/sumbangan dari ahli keluarga;
  • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga yang sekiranya tidak dipenuhi boleh menjejaskan kesihatan/kesejahteraan keluarga; dan
  • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan pemohon/keluarga.

Nota:
Pertimbangan kelulusan bantuan skim Bantuan Penjagaan Kes Terlantar (BPT), Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) tidak mengambil kira keadaan dan kelengkapan rumah. 

Kelayakan Am Bantuan

Kriteria Kelayakan Am

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa

RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia
RM830 sebulan bagi sarawak
RM960 sebulan bagi Sabah

Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan
  • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain)
  • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga/ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain
  • Sokongan dari ahli keluarga
  • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga
  • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga

JENIS-JENIS BANTUAN
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am (BA)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
  • Bantuan Tabung Mangsa Serangan Binatang Buas

Majlis Bersama YB Adun

Galeri Foto

Definisi Kumpulan Sasar

Kanak-kanak

1. Kanak-kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan 
·         Siasatan awal kanak-kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
·         Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah. 

2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan 
·         Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk
·         Laporan inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
·         Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

3. Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal 
·         Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.

4. Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah 
·         Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
·         Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952 
·         Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 
·         Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
7. Permohonan Anak Pelihara 
·         Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
8. Bantuan Kewangan

 
·         Bantuan Kanak-kanak (BKK) 
Keputusan permohonan Bantuan Kanak-kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

·         Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
9. Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) 
·         Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
·         Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
·         Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
·         Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
10. Bengkel Interaktif 
·         Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.

=====================================================================

Orang Kurang Upaya

1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya
  • Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
2. Kemasukan Ke Institusi
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
3. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
  • Keputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
4. Bantuan Kewangan 
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Keputusan permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
5. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
=====================================================================

Warga Tua

1. Kemasukan Ke Institusi Warga Tua / Rumah Ehsan
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Warga Tua / Rumah Ehsan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan tarikh permohonan yang lengkap diterima.
2. Bantuan Kewangan

  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Keputusan permohonan Bantuan Orang Tua dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
=====================================================================

Keluarga
1. Keganasan Rumah Tangga 
  • Siasatan awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
  • Intervensi awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 1 jam kepada mangsa keganasan rumah tangga yang hadir ke pejabat.

2. Bantuan Kewangan   
~ Bantuan Am (BA)
  • Keputusan permohonan Bantuan Am dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

~ Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) 
  • Keputusan permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

~ Bantuan Lantihan Perantis (BLP)
  • Keputusan permohonan Bantuan Latihan Perantis dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

~ Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  • Keputusan permohonan Bantuan Geran Pelancaran dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

~ Bantuan Sekolah (BS)
  • Keputusan permohonan Bantuan Sekolah dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3. Perintah Khidmat Masyarakat 
  • Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kertas pertuduhan diterima daripada Polis / Mahkamah.
  • Laporan Kemajuan Pesalah Muda dikemukakan kepada Mahkamah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Laporan Penilaian Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dikemukakan kepada Mahkamah / keluarga / pelatih dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tamat pelaksanaan perintah.
  • Keputusan perpindahan tempat pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4. Pusat Jagaan 
  • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengendali Pusat Jagaan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

5. Kaunseling dan Psikologi 
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
=====================================================================

Orang Papa

1. Kemasukan ke Institusi Desa Bina Diri Secara Sukarela
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Desa Bina Diri dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

2. Kaunseling dan Psikologi
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

=====================================================================

Mangsa Bencana

1. Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana 
  • Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKMM akan dibuka dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Bencana Tahap III (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara. 
  • Laporan status terkini kejadian Bencana Tahap III  akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup. 
 
2. Bantuan Jangka Pendek 
  • Bantuan Jangka Pendek iaitu makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa di pusat pemindahan. 
 
3. Bantuan Jangka Panjang 
  • Keputusan Bantuan Jangka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima selepas berakhirnya sesuatu kejadian bencana.

4. Kaunseling dan Psikologi 
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima. 
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.

=====================================================================

Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

1. Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan 
  • Keputusan permohonan Bantuan Geran dimaklumkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) pada minggu ketiga (3) bulan April dan Ogos pada setiap tahun. 
  • Perjanjian Persefahaman pemberian geran di antara Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditandatangani dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas menerima Surat Setuju Terima Bantuan Geran JKM daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan. 
  • Bayaran Geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) menandatangani Perjanjian Persefahaman.

2. Permit Pegawai Dagang 
  • Surat sokongan dikeluarkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bagi permohonan sokongan permit Pegawai Dagang dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

3. Pengecualian Cukai Pertubuhan Sukarela Kebajikan 
  • Ulasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi permohonan sokongan pengecualian cukai daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta disediakan dalam masa 1 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

4. Pendaftaran Pertubuhan Sukarela Kebajikan 
  • Ulasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi permohonan sokongan pendaftaran pertubuhan daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

5. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 
  • Keputusan permohonan menjalankan program tanggungjawab sosial oleh syarikat korporat / swasta dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

6. Pembangunan Komuniti 
  • Kelulusan permohonan bantuan geran bagi melaksanakan Projek Organisasi Komuniti dimaklumkan kepada klien dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

7. Kaunseling dan Psikologi 
  • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.